Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TINUBOU

Tarian Tinubou merupakan tarian yang sama seperti Tarian Runsai dalam kalangan masyarakat Bajau. Tarian ini harus berjalan selari dengan majlis. Lazimnya, tarian ini ditarikan di suatu tempat seperti di hadapan halaman rumah atau pada satu gelanggang yang telah disedia dan dikhaskan terlebih dahulu oleh tuan rumah. Tarian ini sebenarnya adalah temasya berbalas pantun dalam kalangan penari-penarinya. Dari segi pakaian untuk tarian ini, hampir keseluruhan pakaian penari-penari ini adalah sama seperti pakaian yang digunakan oleh penari-penari Tarian Berunsai. Lazimnya tarian ini berbalas pantun yang dijual dan dibeli oleh penari-penarinya. Bagi masyarakat Iranum pantun ini lebih dikenali sebagai bayuk. Kedua-dua pasukan ini akan berbaris di sebelah menyebelah gelanggang di mana tinobau akan dijalankan dan masing-masing menunggu untuk menjual ataupun membeli bayuk sambil mengibar-ngibarkan sehelai munsalah tenunan berukuran tiga kaki persegi. Ketika ia sampai ke seberang barisan lawannya maka ia akan menyerahkan munsalah kepada orang yang disukainya. Orang yang mendapat munsalah ini akan berusaha untuk menjawab bayuk yang ditujukan kepadanya. Bayuk yang dilafazkan semasa tarian tinobau adalah pantun empat kerat berbentuk bebas.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768