Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

MAGUNATIP

Suku kaum Murut kebanyakkannya tinggal di kawasan pedalaman negeri Sabah seperti di kawasan Keningau, Nabawan, Tenom, Sepulut dan Pensiangan. Tarian Magunatip adalah tarian tradisi kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau) yang tinggal di daerah Bingkor, Apin Apin dan Keningau.
Magunatip berasal dari perkataan yang membawa makna jepit semasa menari tarian ini kaki penari-penarinya terjepit di antara dua batang kayu (buluh) kerana tidak cekap mengelaknya. Masyarakat ini menarikan tarian ini dengan tujuan untuk memerihakan satu-satu upacara mereka seperti :-

Upacara Mansilad : Upacara pengubatan orang sakit
Upacara Magintan Taduk : Upacara pemujaan semangat padi
Upacara Titikas : Upacara majlis keramaian
Upacara Massayau : Upacara pemujaan roh semangat

Tarian ini menggunakan alat muzik sansaring (gong kecil).

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768