Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

LANSARAN

Lansaran adalah satu daripada tarian suku kaum Murut. Asalnya tarian ini berkaitan dengan pemujaan semangat atau roh. Kini tarian Lansaran ditarikan adalah dengan satu tujuan iaitu untuk majlis keramaian, kesyukuran dan pindah ke rumah baru. Tarian lansaran ditarikan oleh lelaki dan perempuan dan tidak terhad bilangan penari-penarinya. Lansaran sebenarnya berasal dari perkataan lumansar yang bermaksud melambung atau berayun-ayun. Dewan lansaran diperbuat daripada batang-batang kayu yang dipilih khas yang boleh mengeluarkan dengung bunyi yang kuat. Tarian lansaran bergantung kuat kepada irama bunyi kayu bagi kerancakan tariannya. Tarian ini tidak memerlukan alat muzik khas seperti tarian-tarian yang lain. Adunan bunyi batang-batang kayu dengan bunyi kekaling yang dipakai oleh penari-penarinya menjadi satu irama muzik tarian ini. Tarian ini akan menghayunkan para penari dari atas ke bawah. Lazimnya, para penari atau orang ramai yang terlibat akan merasa seronok bila enjutan semakin kuat. Mereka melompat ke atas setinggi yang boleh dengan tujuan untuk mendapatkan hadiah yang biasanya wang atau pada umumnya sekadar memegang paruh burung yang tersangkut pada anjung rumah. Sekiranya lansaran ini ditarikan untuk tujuan berkasih sayang pantun atau lalangkut juga berkisar pujian dan percintaan. Jika upacara tersebut berkisar pada suasana roh maka kandungan lalangkut pula berkisar kepada pemujaan roh si mati.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768