Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

PANGALAI HA AGUNG


Dalam bahasa Suluk, tarian Pangalai membawa maksud ;menari atas Tarian ini berasal dari Pulau Tawi-Tawi, Selatan Filipina dan ditarikan oleh suku kaum Suluk Parang, salah satu etnik Suluk di daerah Sandakan. Tarian Pangalai adalah tarian istana yang ditarikan oleh puteri, Datu Ganang dan dayang-dayang selepas puteri raja bersiram ataupun tuanku ingin berhibur. Puteri atau putli dalam bahasa Suluk tidak boleh memijak tanah sebelum, semasa dan selepas menari. Puteri ini diusung oleh dua orang lelaki yang bergelar Datu Ganang  yang dipanggil pendala bermaksud pengawal. Masyarakat kaum Suluk mempercayai bahawa gerakan tarian Pangalai diambil daripada gerakan burung helang atau burung linggisan dalam bahasa Suluk. Burung ini dikatakan selalu berada di pantai dan terbang di atas permukaan air laut untuk mencari ikan sebagai makanannya. Hasil pemerhatian dan imaginasi masyarakat kaum Suluk maka terciptalah tarian yang hampir menyerupai gerak burung dan diolah menjadi sebuah gerak tari.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768