Tarian ini bukanlah tarian asal orang-orang bajau Semporna, ianya dibawa oleh masyarakat suluk dari kepulauan Mindanao. Percampuran di antara orang-orang bajau di Semporna ini dengan orang-orang Suluk maka terjadilah asimilasi dan pengaruh mempengaruhi di kalangan kedua-dua kaum tersebut. Berlakunya keadaan demikian disebabkan oleh persamaan yang rapat di antara kedua-dua kaum dari segi adat resam, agama, budaya dan kesenian. Perkataan Daling-Daling di sini bermaksud perkataan (darling) yang bermakna kekasih dalam bahasa Inggeris.Tarian Daling Daling selalunya diikuti dengan pantun-pantun yang bersifat jual beli antara penari lelaki dengan penari perempuan; contoh pantun yang terdapat dalam tarian dalaing daling ini.
Mai Daling Daling Oh Mai Daling Daling
Mak Irum Kou Mak Intik
Magsasi Ku Melantik
Bang Lumimbai Umasik
Sepantun Luhak Migsik
Peralatan muzik yang digunakan dalam tarian ini adalah Gabbang dan Biola.
Kompleks JKKN Sabah,
KM.4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu.
Tel : 088-237 052/051