Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

IGAL LELANG

Tarian ini ditarikan oleh masyarakat Bajau Semporna di majlis-majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan dan menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Tarian ini menggunakan props yang dipanggil Bolak Bolak. Bolak-bolak iaitu kayu yang diperbuat daripada kayu bulian berukuran lebarnya 2 inci  dan panjangnya 4 inci yang digenggam di kedua-dua belah tangan. Bolak Bolak ini akan mengeluarkan bunyi apabila dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk bagi mengeluarkan irama. Lazimnya, gerak tari ini bertujuan untuk menguji kecekapan penari menggunakan bolak-bolak sebagai props. Tarian Igal Lelang ditarikan oleh lelaki dan perempuan secara berpasangan. Tarian ini diiringai paluan gong dan gabbang.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768