Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIRAI

Tarirai bermaksud menari cepat. Tarian ini mengisahkan seorang pemuda yang sedang mencari kerang yang terkejut bila terserempak dengan seekor ular yang di panggil talianga dalam bahasa Bajau Semporna. Lelaki ini melompat kegelian. Berasaskan gerakan lelaki itu telah diterjemahkan menjadi satu gerak tari Tarirai. Tarini ini ditarikan secara melompat-lompat. Tarian ini ditarikan oleh masyarakat Bajau Semporna di majlis-majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan dan menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Peralatan muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini adalah Gong, Kulintangan dan Tambul.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768