Tujuan tarian ini dipersembahkan ialah menyampaikan hadiah berupa wang kepada pengantin dengan cara menari, hal ini selalu kali dilakukan dalam majlis-majlis perkahwinan. Pakaian bagi Kaum Lelaki dan Wanita akan dihiasi dengan manik-manik yang berkilauan manakala bagi pakaian lelakinya akan memakai tanjak dan sampin, begitujuga bagi kaum wanita pula yang mengenakan pakaian yang berhiasan dengan tanjak dikepala dan memakai kuku panjang yang meliuk lintuk bentuknya. Tarian igal-igal ini sering ditarikan dengan iringan paluan alat-alat muzik Kulintangan, Gong dan Tambur. tarian ini juga boleh ditarikan secara perseorangan, berkumpulan mahupun secara berpasangan-pasangan.
Kompleks JKKN Sabah,
KM.4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu.
Tel : 088-237 052/051