Tarian Liliput ditarikan untuk mengubati orang sakit. Maksud Liliput ialah mengelilingi pesakit semasa proses mengubati pesakit, oleh itu tarian ini adalah tarian mengelilingi. Tarian ini ditarikan oleh Kaum Bisaya, mereka percaya bahawa sakit adalah disebabkan oleh ilmu sihir maka roh pesakit perlu ditarik balik ke badan pesakit tersebut. Tarian ini dilaksanakan oleh seorang bomoh dan pembantunya dengan bergerak mengelilingi pesakit sambil membaca jampi serapah. Setelah selesainya acara tersebut, pasangan penari akan mengelilingi pesakit sambil menari Tarian Liliput sehingga selesai pesakit sedar atau sembuh. Penari bagi tarian ini memakai pakaian hitam dan diiringi dengan alat-alat muzik seperti gong, kulintangan, gendang dan canang.
Kompleks JKKN Sabah,
KM.4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu.
Tel : 088-237 052/051