Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

BUBU MENGALAI

Tarian Bubu Mengalai adalah tarian tradisi kaum Bisaya di daerah Beaufort. Tarian Bubu Mengalai dipersembahkan semasa upacara perubatan seperti perkahwinan, pertunangan dan jamuan masuk rumah baru. Ini bertujuan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Mereka mempercayai bahawa wujudnya kuasa ghaib, oleh itu dukun atau pawang menjadi perantara bagi mereka untuk berkomunikasi dengan dunia lain. Semasa proses pengubatan dijalankan makhluk halus akan dipindahkan ke dalam bubu tersebut. Maka bubu tersebut akan bergerak secara sendirinya seolah-olah menari (mengalai) disebabkan makhluk halus yang di pindahkan dari badan pesakit. Alat muzik yang digunakan adalah kulintangan, gong, tempurung kelapa.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768