Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

ANAK KUDA

Tarian Anak Kuda adalah tarian tradisi kaum Bisaya di Daerah Beaufort. Dahulunya Tarian Anak Kuda digunakan untuk acara perubatan seperti gangguan makhluk halus pesakit yang sukar diubati. Bobolian akan mengetuai acara perubatan dengan membaca jampi atau mantera khususnya. Seterusnya Bobolian akan membawa mayang pinang sebagai alat perubatan. Semasa proses perubatan Bobolian akan mengelilingi pesakit yang ingin diubati sambil menghensot kaki. Kini seiring peredaran masa tarian Anak Kuda ditarikan semasa majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya. Penggunaan mayang pinang tidak lagi digunakan dan diganti dengan kipas tangan. Alat muzik yang digunakan 3 gong besar, 2 canang, kulintangan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768