Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

DANSA

Masyarakat Melayu Cocos merupakan satu kumpulan etnik minoriti yang tinggal di beberapa lokasi di Sabah. Antara lokasi penempatan mereka ialah di Lahad Datu, Kunak, Sandakan dan paling ramai di Tawau, Sabah. Kedatangan Masyarakat Melayu Cocos ke Sabah turut membawa bersama keunikan gandingan budaya Scotland dan Melayu dalam tarian Dansa. Dansa amat popular di kalangan Masyarakat Cocos. berasal daripada perkataan (menari) dalam bahasa Inggeris. Dansa dipersembahkan pada majlis-majlis perkahwinan mahupun keramaian sebagai satu bentuk hiburan disamping dapat merapatkan hubungan di antara ahli masyarakat. Tarian Dansa mempamerkan ciri-ciri barat seperti hentakan kaki, gerakan berkait tangan, bulatan sambil berpegang tangan dan sebagainya. Tarian ini lebih santai berbanding tarian Melenggok. Justeru itu masyarakat Cocos suka menarikan tarian ini sewaktua cara perkahwinan kerana suasana yang lebih meriah. Pada tapak kasut lelaki pula diletakkan besi nipis agar hentakkan lebih jelas kedengaran ketika menari. Peralatan muzik yang digunakan dalam tarian ini iaitu Gendang dan Biola yang digesek oleh dua atau tiga orang pemainnya.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768