Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

MELENGGOK

Tarian Melenggok asalnya daripada kepulauan Cocos di Australia. Tarian ini berasaskan pergerakan burung-burung yang berterbangan di pesisir pantai. Selain itu, pengaruh gerak mempertahankan diri seperti silat oleh masyarakat Jawa juga terdapat pada tarian ini. Lazimnya, tarian Melenggok sebagai pembuka panggung kepada tarian Dansa. Ianya ditarikan oleh orang lelaki sahaja yang kelihatan seperti bersilat dan ayam sedang bersabung. Penari lelaki menggunakan selendang yang di silangkan ke belakang dan hujung kedua-dua kain selendang tersebut dihayunkan ke kiri dan ke kanan. Dahulu, tarian Melenggok ditarikan bersama dua kumpulan pemantun. Apabila sipenjual dan sipembeli pantun sedang berpantun, dalam masa yang sama juga kumpulan mereka perlu meletakkan salah seorang ahli kumpulan mereka di tengah-tengah untuk membuat gerakan Melenggok. Mereka akan berganti-ganti melenggok sehingga ada kumpulan yang kalah dalam berpantun ataupun yang tidak dapat bertahan melenggok. Peralatan muzik yang digunakan dalam tarian ini ialah biola, gendang dan rebana. 

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768