Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

RAMBAI

Tidung adalah suku kaum yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau, Kalabakan, Merotai, Bum Balai dan Sebatik. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran dan Labuk. Rambai adalah satu perkataan yang bermaksud Tampi atau menampi dengan Nyiru. Perkataan Rambai ini sangat sinonim dengan perkerjaan menuai padi. Melalui gerak-gerak petani ketika INTOGOS (bekerja), BEKABUN (berkebun), dan TONGOYON (gotong-royong). Tarian ini ditarikan untuk menyambut atau meraikan musim  menuai dalam sebuah pesta yang diadakan di kawasan tanah rata iaitu  Kalimaran, Nunukan , Tarakan & Bolongan. Festival ini  dinamakan Pesta menuai samada untuk padi sawah ataupun padi bukit .Kebiasaanya tarian ini dipersembahkan untuk menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan atas kejayaan hasil tanaman padi mereka. Asalnya tarian rambai menggunakan busana yang berasaskan warna hitam dan hiasan lace waran  emas. Alat muzik yang digunakan oleh suku kaum Tidung untuk lagu rambai ialah kulintangan, gendang dan gong.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768