Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

KADANDIU

Tidung adalah suku kaum yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau. Tarian Kadandiu berkisahkan daripada kisah legenda Batu Tinagat yang mengisahkan tentang Aki Bentawol dan Dayang Dadalit. Asal tarian ini adalah tarian puteri yang pada masa dahulu dimulai dengan upacara empalau iaitu memohon restu sebelum membuat persembahan, namun pada masa kini tarian ini telah diangkat dan dipersembahkan untuk tontonan semua masyarakat, walau bagaimanapun pada masa kini sekiranya tarian ini dipersembahkan di kawasan legenda Batu Tinagat, ianya masih dimulakan dengan upacara empalau. Biasanya tarian ini ditarikan oleh tujuh orang wanita agar bersamaan dengan legenda Batu Tinagat. Pilihan warna keemasan menjadi pilihan masyarakat Tidung untuk tarian Kadandiu bersesuaian dengan legenda Batu Tinagat. Alat muzik yang digunakan oleh suku kaum Tidung untuk lagu kadandiu ialah kulintangan, ketipung (gendang), gong dan biola.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768