Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TINGKATALU

Tidung adalah suku kaum yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau, Kalabakan, Merotai, Bum Balai dan Sebatik. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran dan Labuk. Tarian Tingkatalu bermaksud langkah tiga yang berasal daripada mentadak baru Pulau Sebatik. Tarian ini berasaskan tarian zapin (langkah tiga). Biasanya tarian ini ditarikan di majlis-majlis keramaian sebagai hiburan di kampung seperti majlis perkahwinan dan lain-lain. Tarian ini ditarikan oleh lelaki sahaja. Pilihan kepelbagaian warna yang ceria dan bersifat kemelayuan seperti baju Melayu menjadi pilihan masyarakat tidong Tawau.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768