Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

SUMIRID MEDTEMU

Tarian Sumirid Medtemu ini ditarikan oleh masyarakat Dusun suku Liwan yang mejoritinya menetap di daerah Ranau dan Kundasang. Dahulunya tarian ini ditarikan ketika menyambut pahlawan-pahlawan yang pergi berperang atau keluar pergi berburu mencari hasil hutan. Asal tarian ini adalah daripada aktiviti meleraikan biji padi dari tangkai menggunakan kaki yang di panggil sumirid. Biasanya kerja-kerja ini dilakukan oleh masyarakat dahulu kala sebelum adanya mesin pelerai. Kemudian aktiviti ini dijadikan satu tarian bagi masyarakat Dusun Liwan. Wanita menggunakan pakaian yang dikenali sebagai garung lipoi iaitu kapas yang dipintal-pintal sehingga menjadi benang kemudian ditenun. Selain itu di kepala wanita pula dihiasi dengan sinurundoi atau sunduk. Lelaki pula menggunakan kulit kayu sebagai baju.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768