Tarian Sumarikayau merupakan gabungan dua patah kerkataan yang mana membawa maksud yang berbeza.Perkataan “Sumari” bermaksud satu pergerakan yang kelihatan seperti melayang-layang, manakala ”Kayau” bermaksud satu pergerakan yang seiring dan tangan digerakan seakan berkait.Walau bagaimanapun dalam konteks tarian kebudayaan ini Sumarikayau membawa maksud satu keelokan Sebutan nama tarian yang malambangkan keelokan dan keserasian tari sewaktu ditarikan atau dipersembahkan.Namun tarian Sumarikayau hanya terdapat dalam tarian Suku Kaum Sungai di Daerah Pitas sahaja.Tarian ini juga di tarikan sempena upacara seperti:
• Upacara Perkahwinan Suku Kaum Sungai
• Upacara Menyambut Tetamu
• Upacara Keramaian
Peralatan muzik yang mengiringi tarian ini adalah beberapa buah ‘Agung’ (Gong), dan satu set ‘Kulintangan’ Paluan Agung (Gong) dan titikan kulintangan inilah yang menghasilkan alunan muzik bagi tarian ‘Sumarikayau’ ‘Rampakan’ dan ‘Mengalai’. Selain daripada itu juga suku kaum orang Sungai dan mendapati tarian yang diwarisi oleh suku kaum ini adalah diolah daripada unsur-unsur alam iaitu melalui gerakan ketam,ikan dan burung helang.
Kompleks JKKN Sabah,
KM.4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu.
Tel : 088-237 052/051