Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

ALANG RA ILLAU

Alang Ra Illau adalah tarian dari suku Murut Tahol yang biasanya menetap di daerah Nabawan, Pensiangan dan Tenom. Alang  bermaksud menari manakala upacara pertukaran hasil-hasil hutan seperti buah-buahan antara satu kampung dengan kampung yang lain di kenali sebagai illau. Dahulunya tarian ini ditarikan beramai-ramai dalam pesta keramaian masyarakat Murut Tahol. Tarian ini juga boleh ditarikan tanpa terikat kepada jumlah lelaki atau pun wanita. Juga boleh ditarikan dalam bentuk berpasangan. Gerak tari tarian ini menggambarkan seolah-olah pergerakan mengutip buah-buahan yang berbuah renek dan senang untuk dicapai. Kadang kala wanita akan membawa bakul atau dikenali sebagai basung yang disandang ke belakang. Dahulunya ia akan diisi dengan hasil buah-buahan yang telah dikutip untuk ditukar ke kampung lain.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,

KM.4, Jalan Penampang,

88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768