Tarian Mansayau adalah tarian daripada masyarakat Murut suku Nabai yang kebanyakannya menetap di Kg. Kaladakan dan di sekitar daerah Keningau. Asas gerakan tarian ini diambil daripada gerak seekor burung yang sedang mengembangkan sayapnya. Ada kalanya tangan akan dijatuhkan seolah-olahnya sayap yang sedang ditutup. Pakaian wanita pula menggunakan warna hitam dan berlengan panjang dikenali sebagai nilimbungan dan nelangkit bagi kainnya manakala selendang yang berwarna merah akan disilangkan di badan. Pakaian lelaki pula menggunakan kulit kayu serta bercawat atau abah. Namun baju yang diperbuat daripada kain hitam kadang kala digunakan bagi menggantikan kulit kayu.
Kompleks JKKN Sabah,
KM.4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu.
Tel : 088-237 052/051