Kumpulan muzik Gendang & Kompang ini dianggotai oleh pelbagai lapisan usia dan kini mempunyai ahli seramai 30 orang untuk membentuk empat pasukan kecil. Dipimpin oleh Encik Mat Khir bin Ibrahim yang juga selaku tenaga pengajar kumpulan ini. Sering mendapat undangan untuk mengadakan persembahan dalam majlis-majlis sambutan sesuatu program yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan, juga oleh masyarakat setempat khususnya meraikan majlis perkahwinan.
Kumpulan Hadrah Seni Warisan
Kampung Farhana, Mukim Binjal
06000 Jitra, Kubang Pasu,
Kedah.
Tel : - 013-413 2906 (Encik Mohamad bin Mat Akhir)