Bola Tepuk juga dikenali sebagai permainan Bola Mini Kertas. Ia dipercayai wujud pada tahun 1950an dan berasal dari Negara Thai serta dibawa masuk ke Perlis. Cara dan peraturan permainan ini sama seperti perlawanan bola sepak yang sebenar tetapi dengan saiz yang berbeza.
Permainan ini biasanya dimainkan di atas lantai atau meja. Kad manila dibentang bertindak sebagai padang bola. Tiang gol diperbuat daripada kertas saiz A4 dilipat dua dan dilubangkan. Sebanyak 22 keping kertas keras bersaiz 9sm panjang dan 4sm lebar bertindak sebagai pemain. Bola diperbuat daripada segumpal kertas.
JKKN PERLIS,
Kompleks JKKN Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar,
01000 Kangar Perlis Indera Kayangan.
Tel : 04-979 3604 Fax : 04-977 0117