Permainan ini begitu sinonim dengan kehidupan zaman kanak-kanak dan hanya menggunakan kertas dilipat sehingga menjadi bentuk kapal terbang lalu diterbangkan. Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Terdapat pelbagai rupa dan bentuk kapal terbang yang biasa dicipta mengikut kehendak dan citarasa pemain.