Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

LAGA BIJI GETAH

Permainan tradisional ini terkenal dalam kalangan kanak-kanak. Bahan utama ialah biji getah yang tua dan berwarna kehitaman. Tempat bermain adalah kawasan tanah yang lapang dan rata. Jumlah pemain juga bergantung kepada persetujuan pihak lawan. Tiada tempoh masa yang dihadkan untuk menamatkan permainan ini.

Cara bermain ialah biji getah dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk dan diletak di atas biji getah pihak lawan. Sebelah tangan menghentak biji getah tersebut bertujuan untuk memecahkan biji getah pihak lawan. Mana-mana biji getah yang pecah maka empunya dikira kalah.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768