Senapang Mainan adalah permainan kanak-kanak. Asalnya permainan ini berteraskan lastik atau senjata api yang digunakan dalam peperangan. Lazimnya senapang diperbuat daripada kayu atau pelepah pisang. Setiap pemain perlu memiliki senapang sendiri.
Permainan ini dimainkan secara berkumpulan. Satu pasukan bertindak sebagai tentera manakala satu pasukan lagi sebagai musuh. Jumlah mata dikira mengikut bilangan pemain yang tidak tertembak. Pemain perlu mematuhi peraturan tertentu. Antaranya sasaran tembakan hanya dari bahagian pinggang ke bawah. Pemain yang tertembak perlu menyerah diri dan tidak boleh menyambung permainan.
JKKN PAHANG,
Kompleks JKKN Pahang,
Lot 571000, Jalan Tok Sisek,
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-517 8466 Fax : 09-517 9466