Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TUJU PARA

Permainan Tuju Para adalah popular dalam kalangan masyarakat setempat sekitar tahun 1950an. Pada asasnya permainan ini menggunakan biji getah atau gelang getah, batang atau ranting kayu bercabang dua, buluh dibelah empat dan tali.

Dua batang atau ranting kayu tersebut dipacakkan selari di atas tanah dan bertindak sebagai tiang para. Kepingan buluh diikat di atas batang atau ranting tadi dan bertindak sebagai para.  Giliran pemain ditentukan dengan melempar ibu biji getah atau gelang getah ke arah garisan permulaan di hadapan para. Pemain yang ibu biji getahnya atau gelang getahnya paling dekat dengan garisan permulaan akan memulakan permainan.

JKKN PERLIS

JKKN PERLIS
Kompleks JKKN Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar,
01000 Kangar, Perlis Indera Kayangan.
Tel : 04-979 3604 Fax : 04-977 0117

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768