Che Wan Noorsaidi binti Che Wan Abdul Rahman atau lebih mesra dikenali sebagai Mok Zah adalah generasi ke-9 mewarisi kesenian persembahan Saba daripada arwah ayahnya yang juga penggiat dan pengamal seni perubatan Saba. Sejak kecil lagi iaitu sekitar tahun 70-an Mok Zah terdedah kepada persembahan ritual Saba. Beliau sering mengikut bapanya membuat persembahan ritual ini untuk tujuan penyembuhan. Kini ritual Saba telah diolah menjadi persembahan kesenian yang boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat dengan membuang segala elemen ritual perubatan dan mengekalkan unsur kesenian seperti tarian, nyanyian, muzik dan pengucapan dialog. Mok Zah merupakan satu-satunya Tokoh Kesenian Saba yang boleh memainkan persembahan Saba ini dengan baik dan mengetahui cerita-cerita dalam persembahan Saba. Beliau bekerja sendiri dan menjadi pakar rujuk untuk kesenian Saba. Antara pencapaian beliau sepanjang memperjuangkan kesenian Saba ini ialah telah dianugerahkan TokohSeni Budaya 2018, Anugerah Tokoh Seni Negeri Terengganu 2015 dan AnugerahTokoh Lisan 2016.
Kampung Kuala Jengal,
23000 Dungun Terengganu