Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

CHINGAY

Chingay berasal dari China dan kini menjadi keistimewaan di Pulau Pinang. Perarakan Chingay memaparkan kemahiran membawa dan mengimbang bendera Chingay 40 kaki tinggi dan bendera tiga segi berwarna-warni sekurang-kurangnya berukuran 25 kaki X 15 kaki setiap satu, diikat pada tiang kayu sepanjang 40 kaki. Perarakan yang pertama di Pulau Pinang ialah pada tahun 1919 sempena sambutan hari kelahiran Dewa-Dewa Penyayang, anjuran Pedagang Pasar dan komuniti Cina yang lain, membawa bendera Chingay dan tokong Dewa Penyayang mengelilingi bandar George Town untuk mengelakkan wabak yang berlaku ketika itu. Perarakan kedua pada tahun 1926 sempena sambutan kelahiran Dewa Pemurah. Perarakan ketiga pada tahun 1957 sempena sambutan ulang tahun Majlis Bandaraya George Town. Beberapa tahun kemudian perarakan Chingay berubah menjadi promosi pelancongan kerana ia memainkan peranan penting dalam menarik pelancong melawat Pulau Pinang disebabkan Chingay begitu menarik dan mengagumkan. Pada tahun 1966 Majlis Bandaraya George Town menganjurkan perayaan Pesta Pulau Pinang bagi mempromosikan pelancongan. Perarakan Chingay itu juga mengandungi tarian-tarian singa dan naga.


Persatuan Chingay Malaysia Utara

No.1 Jalan Selendang 

Daerah Timur Laut

11600 Pulau Pinang

Tel: 012-4829126 (Oh Tong Keong)


 


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768