Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

KUIH LOMPAT TIKAM

Kuih tradisional Lompat Tikam amat popular di Malaysia. Kuih ini dipercayai berasal dari kerajaan Majapahit, dan dibawa masuk ke Malaysia untuk  dipersembahkan kepada kerajaan Kelantan sekitar tahun 1700. Kuih Lompat Tikam mendapat nama berdasarkan kisah dimana, salah seorang daripada dayang-dayang yang sedang membawa dulang kuih, tersadung pada bendul istana lalu menyebabkan Sultan melompat terkejut dan tertikam dayang itu.

BAHAN 1
200g tepung beras
1 liter santan
200g air pandan
Secubit garam


BAHAN 2
1 liter santan pekat
Secubit garam


BAHAN 3
300g beras pulut
Sedikit pewarna merah
Secubit garam
300g gula melaka


CARA MEMBUATNYA
1. Bahan-bahan (1) dicampurkan menjadi satu adunan di atas api yang perlahan sehingga pekat. Masukkan ke dalam satu bekas.
2. Bahan-bahan (2) dipanaskan hingga mendidih. Ketepikan.
3. Bahan-bahan (3) dicampur sebati dan biarkan pulut masak. Gula melaka hendaklah dimasak dengan air. Biarkan agak pekat sedikit dan hidangkan.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan

Kompleks JKKN Kelantan,

Lot 1993, Seksyen 49, Tanjong Chat,

15200 Kota Bahru, Kelantan Darul Naim.

Tel : 09-741 7000 Faks : 09-741 7004


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768