Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

KUIH TEPUNG SERUNAI

Kuih Tepung Serunai atau juga dikenali sebagai Kuih Tepung Pasung merupakan salah satu makanan tradisional yang boleh didapati di negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Kuih ini diperbuat daripada tepung beras. Ia diletakkan ke dalam acuan berbentuk kon menggunakan daun pisang atau juga dikenali sebagai kelongsong daung pisang.


BAHAN BAHAGIAN BAWAH KUIH


300 g gula merah

1 biji telur

200 g tepung beras

100 g tepung sagu

2 cawan santan pekat

 

 

BAHAN BAHAGIAN ATAS KUIH

 

500 g tepung beras

2 cawan santan pekat

1/2 sudu teh garam

Daun pisang secukupnya

Bilah lidi yang ditajamkan

 

CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK

 

1.         Potong bulat 9 inci daun pisang.Kemudian potong daun yang telah bulat itu kepada dua (semi sfera). Gulung dari kiri ke kanan membentul seperti kon. Sematkan dengan lidi.

2.         Sementara itu sediakan kukusan. Setelah mendidih letakkan kelongsong daun pisang di dalam celah lubang pengukus.

3.         Dalam mangkuk besar campurkan kesemua bahan bawa. Adun hingga sebati.

4.         Dalam mangkuk besar lain adunkan bahan bahagian atas hingga sebati.

5.         Sendukkan bahagian bawah dan masukkan ke dalam kelongsong daun pisang. Isi separuh kelongsong dan kukus hingga 3/4 masak.

6.         Kemudian sendukkan pula bahagian atas dan kukus hingga masak. Siap untuk hidangan.


BAHAN –BAHANNYA

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Kompleks JKKN Kelantan,

Lot 1993, Seksyen 49, Tanjong Chat,

15200 Kota Bahru, Kelantan Darul Naim.

Tel : 09-741 7000 Faks : 09-741 7004

 


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768