Teater Tradisional Bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Ia tidak melibatkan penggunaan skrip berbanding drama moden kini. Para pelakon hanya menuturkan dialog-dialog secara spontan berdasarkan jalan cerita yang diberikan pengarah. Cerita bangsawan merupakan satu persembahan drama tradisi yang berkisar tentang kisah-kisah raja yang melibatkan alam kayangan dan nyata, umpamanya "Jula Juli Bintang Tujuh". Watak-watak dalam bangsawan biasanya terdiri daripada raja dan permaisuri, pahlawan, putera kacak dan puteri yang cantik, hamba, jin dan raksaksa. Persembahan melibatkan penggunaan panggung, teknik lampu dan set saiklorama. Alat muzik tradisional ialah piano, biola, gong, tabla, gendang, dram dan arkodian.
Persatuan Bangsawan Negeri Kedah
216, Jalan Merah 3, Kampung Berjaya,
05150 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 019-495 9664 (Encik Morad Ibrahim)