Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TEATER TRADISIONAL SABA

Saba bertapak dan berkembang di Kampung Kuala Jengal di Hulu Dungun, Terengganu. Asalnya adalah upacara perubatan yang bertujuan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.  Saba mula dimainkan sekitar 300 tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional wanita iaitu Cek Mek Comot.

 

Saba adalah pohon yang diperbuat daripada pucuk kelapa muda yang digubah dan disusun seperti sepohon pokok yang rimbun. Objek ini adalah wajib dalam upacara Saba. Dikatakan pohon Saba ini melambangkan tempat turunnya dewa kayangan untuk mengubati pesakit.

 

Mengikut kaedah perubatan Saba, terdapat perantara antara manusia di bumi yang digelar Peduang dan dewa di kayangan digelar Muda Di Awan, yang berdiolog untuk menjual beli pokok Saba tersebut bagi tujuan perubatan, dan membenarkan puteri kayangan turun mengubati pesakit. Peduang adalah pengamal perubatan tradisional yang tahu mentera tertentu untuk setiap jenis penyakit.

 

Dalam teater Saba terdapat elemen-elemen nyanyian, tarian dan dialog antara Peduang dan Muda Di Awan. Terdapat 36 lagu dengan pelbagai cerita yang setiap satunya bertujuan dan bermaksud tertentu dalam mengubati pesakit.

 

Kini, persembahan Saba tidak lagi mengandungi segala unsur yang boleh memesongkan akidah agar teater ini releven mengikut peredaran masa.  

Che Wan Noorsaidi Che Wan Abdul Rahman (Mok Zah)

Kampung Surau Kuala Jengal

23000 Dungun

Terengganu

Tel:   019-953 8661/019-900 8491


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768