Busana yang dipakai
oleh pengantin perempuan dalam masyarakat Melayu adat perpatih di Negeri
Sembilan adalah diantaranya baju kurung labuh, baju kebaya panjang dan baju
kebaya setengah tiang. Material kain yang sering digunakan ialah kain tenunan
songket bunga tabur atau penuh, kain broked dan kain tenun. Padanan baju ialah
kain. Busana pengantin
perempuan digayakan dengan sanggul lintang atau ‘sunting’. Sunting merupakan
hiasan kepala yang diperbuat daripada tembaga atau zink yang dicelup emas.
Terdapat pelbagai bentuk sunting antaranya bermotifkan bunga, tumbuh-tumbuhan,
bentuk unggas dan haiwan seperti burung, ikan dan rama-rama. Ketinggian
pemasangan sanggul lintang berdasarkan kepada kedudukan keluarga pengantin yang
biasanya terbentuk tiga atau lima tingkat. Busana yang dipakai
oleh pengantin lelaki adalah baju Melayu cekak musang berbutang lima. Corak
baju bermotifkan bunga cengkih dan tampuk manggis dari tenunan songket.
Pengantin lelaki akan menggayakan destar Solok Timbo iaitu bahagian lambaian
kasih melambai ke arah kiri telinga. Busana pengantin lelaki
dilengkapkan dengan pemakaian keris disisipkan
keris pendek berhulu burung serindit atau pekaka di pinggang sebelah kiri.
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-767 6793/763 6308