Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

BUSANA DATO’ ADAT ISTANA & PEGAWAI 99

Busana Dato'  Adat Istana dan Pegawai 99 untuk majlis rasmi ialah baju melayu cekak musang berbutang lima melambangkan lima prinsip Rukun Islam. Baju melayu cekak musang ini berkain polos berwarna hitam. Warna hitam merupakan warna rasmi yang melambangkan keperkasaan dan keberanian. Busana ini dilengkapi dengan sampin berbenang emas. Kain samping diikat labuh dibawah lutut membawa maksud seseorang yang penuh tanggungjawab. Dibahagian pinggang diikatkan dengan sehelai bengkung berumbai dan terselip sebilah keris pusaka. Ikatan bengkung melambangkan memagar diri dan penolak bala. Busana ini digayakan dengan memakai destar Solok Timbo atau destar Olang Menyosong Angin.  Destar ini semestinya lambaikan kasihnya mengarah ke kiri. Destar ini melambangkan sembilan kebesaran, menolak bala, membangkitkan tuah dan maruah.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan

Kompleks JKKN Negeri Sembilan

Jalan Sungai Ujong

70200 Seremban

Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-767 6793/763 6308


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768