Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

KEBAYA SETENGAH TIANG

Baju Kebaya Setengah Tiang merupakan Busana Tradisional Negeri Sembilan. Pada suatu ketika dahulu Baju Kebaya Setengah Tiang sering digunakan oleh kaum wanita sewaktu dirumah dan bertandang ke Majlis kenduri kahwin. Kaum wanita juga menggayakan baju kebaya setengah tiang semasa mengerjakan sawah. Kebiasaannya baju ini dipadankan dengan penggunaan kain batik sarung dan pada awal tahun 50an baju ini amat popular serta sering digayakan dalam majlis keramaian.

Perbezaan yang ketara bagi penggunaan baju antara Majlis rasmi dan tidak rasmi ialah pilihan bahan kain yang digunakan. Dalam aktiviti ke sawah atau ke bendang biasanya menggunakan kain kapas berbunga. Manakala untuk majlis kenduri kahwin pula, menggunakan fabrik yang lebih mahal seperti broked, kain kasa, tenunan songket benang emas dan perak.

Baju ini dikenali sebagai baju setengah tiang yang membawa maksud baju labuh sedikit daripada baju kebaya pendek dan tidak labuh seperti kebaya panjang. Pola potongan lengan kembang dihujung dan potongan bahagian bawah bajunya lurus. Bahagian depan baju berlidah seperti kebaya panjang. Secara tradisi, potongannya labuh sehingga buku lali, Cuma bezanya baju ini berbelah dan berpesak lurus dihadapan baju, berkekek dan berbelah dada yang ditutup.

Baju ini mempunyai belah potong Sembilan dan kebiasaanya menggunakan kain broked, songket tenun dan kain kasa. Wanita yang menggayakan baju ini selalunya akan menggunakan kerongsang, dokoh dan rantai labuh untuk menaikkan seri pakaian tersebut.

Baju belah panjang sering digayakan oleh kerabat di-Raja Negeri Sembilan seperti Almarhum Tunku Ampuan Durah, Almarhum Tunku Ampuan Kurshiah dan Tunku Ampuan Najihah.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan

Kompleks JKKN Negeri Sembilan

Jalan Sungai Ujong

70200 Seremban

Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-767 6793/763 6308


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768