Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TEATER TRADISIONAL JIKEY

Kesenian tradisional Jikey adalah sejenis teater rakyat terkenal dalam kalangan penduduk utara semenanjung khususnya di negeri Kedah dan Perlis. Jikey dipercayai berasal dari India dan di Tanah Melayu ini ia terdapat dalam dua versi iaitu: Jikey Kedah dan Jikey Langkawi. Jikey amat popular dalam sekitar tahun 1960-an menampilkan ciri-ciri tempatan dalam persembahannya dengan menggabungkan muzik, nyanyian, tarian dan lakonan yang menghiburkan disulami dialog-dialog lucu. Jikey turut popular di Selatan Thailand terutama di wilayah Satun dan Phuket di daerah ini Jikey dipanggil Likey. Jikey dianggap sebagai 'folk cultural' atau cerita-cerita rakyat dalam masyarakat tradisional dan ia dipersembahkan dalam bentuk teater keliling menggunakan gelanggang yang dibina di atas tanah bagi memudahkan penonton menyaksikan persembahan yang dipentaskan. Bagaimanapun Jikey kini telah diubahsuai dan dipersembahkan di pentas-pentas terbuka. Kesenian ini hampir pupus kerana pelakon dan pendukung kesenian ini tergolong dalam golongan warga emas dan kesenian tidak mendapat perhatian dan sokongan daripada kalangan generasi muda.

Persatuan Penggerak Seni Warisan Budaya (AKRAB Kedah)

Persatuan Penggerak Seni Warisan Budaya (AKRAB Kedah)
B-84, Taman Wira Mergong,
Lebuh Raya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 019-563 5036 (Encik Saipol Bahari Mohd Iman)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768