Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

KEBAYA PENDEK PAHANG

Kebaya Pendek Pahang mempunyai potongan  besar dan pesak di bahagian hadapan baju serta mempunyai kekek di bahagian ketiak. Kebaya pendek Pahang ini juga dipakai bersama tiga keronsang dan selendang disadang di bahu kanan.  Busana ini dipakai sebagai pakaian harian dan juga untuk majlis-majlis keramaian oleh isteri-isteri pembesar. Material kain yang digunakan adalah seperti, kain kasa, kain kapas, kain broket dan juga kain tenun Pahang mengikut status pemakainya. Manakala perhiasan kepala pula dikenakan dengan cucuk sanggul dan bunga.


Badarzaman bin Jusoh @ Harun

No. 130, Lorong I/S 17,

Perkampungan Indera Sempurna,

Jalan Kuantan-Pekan,

25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Tel: 016-931 5103


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768