KURUNG PAHANG
Kurung Pahang mempunyai pesak yang kembang. Busana ini dicipta pada era
1880 - an oleh Tengku Mariam, puteri kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah
pemerintah Pahang ketika itu. Busan aini sinonim dengan kolar Cekak Musang dan
berkancing enam. Baju ini asalnya dipakai oleh puteri-puteri istana dan
golongan bangsawan kerana ianya bersifat eklusif di mana fabrik yang digunakan
ketika itu ialah dari kain tenun Pahang sepasang dan juga dipadankan dengan
kain songket yang dilipat pinjung sebelah kanan. Yang membezakannya dengan baju
kurung yang lain ialah busana ini tidak mempunyai kekek tapi diganti dengan
Pesak Gantung. Perhiasannya pula dikenakan dengan cucuk sanggul dan bunga di
kepala bersama dokoh di dada dan kerikam (selendang pendek) di atas bahu.