KEBAYA SELANGOR
Kebaya Selangor merupakan hasil asimilasi melalui perkahwinan Di Raja Selangor dengan kerabat Di Raja Perak dan Kedah. Di Selangor, Pemakaian baju Kebaya yang Labuh dan longgar telah mula dilihat semenjak awal abad ke- 19 dan tersebar ke seluruh daerah Selangor. Kebaya Selangor atau dipanggil The Malay Dress dipadankan dengan kain sarung dan dipakai ketika melakukan aktiviti seharian dan menghadiri majlis perkahwinan.
Antara ciri Kebaya Selangor ialah berpesak empat dihadapan, lurus, longgar dan berkekek. Selain itu bajunya labuh melepasi lutut, dipakai secara selisih, dilipat sedikit dibahagian leher dan disemat dengan kerongsang.
Baju Kebaya Selangor bersifat longgar seperti baju kurung tradisional dan berbelah dihadapan. Kebaya Selangor dipadankan dengan kain songket, tenun Bugis atau batik mengikut kemampuan atau status pemakai. Kini penggunaan baju kebaya telah divariaikan mengikutyi citarasa si pemakai.