Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

GULAI PISANG MUDA DAN IKAN BILIS

Gulai Pisang Muda dan Ikan Bilis ini amat terkenal di Negeri Sembilan lebih-lebih lagi bagi golongan masyarakat Melayu dahulu. Kita sedia maklum bahawa masyarakat dahulu gemar menggunakan bahan-bahan mentah yang terdapat di persekitaran rumah mereka untuk dijadikan sebagai masakan. Oleh hal yang demikian, penggunaan pisang muda dalam masakan gulai ini bukanlah satu perkara yang pelik atau aneh. Hal ini demikian kerana masakan ini telah pun diamalkan daripada zaman dahulu lagi sehingga masakan ini telah pun diangkat sebagai masakan tradisi masyarakat Negeri Sembilan. Masakan Gulai Pisang Muda dan Ikan Bilis ini juga tidak ketinggalan ditawarkan dalam menu-menu pilihan bagi gerai-gerai makan di Negeri Sembilan kerana ia merupakan salah satu makanan tradisi orang dahulu kala. Pemilihan pisang dalam masakan ini ialah pisang lemak manis yang muda dan bukannya yang sudah masak. Ini kerana jika menggunakan pisang yang masak maka pisang tersebut akan terlalu lembut dan hancur. Tambahan lagi, jika menggunakan pisang muda dalam masakan ini kita dapatlah bentuk pisang yang masih cantik dan kukuh. Penyediaan bahan utama iaitu pisang muda ini adalah dengan mengupas kulit pisang tersebut dan memotongnya mengikut citarasa. Lantas, setelah dikupas dan dipotong pisang muda tersebut, hendaklah direndam ke dalam air garam. Perkara ini dilakukan untuk menghilangkan getah-getah yang terdapat di pisang muda tersebut. Penggunaan pisang lemak manis ini juga mampu menambahkan kemanisan semula jadi dalam masakan ini selain rasa lemak daripada santan dan ikan bilis. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika masakan ini masih lagi mendapat permintaan daripada pengunjung kenara keunikan rasanya itu.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan

Kompleks JKKN Negeri Sembilan

Jalan Sungai Ujong

70200 Seremban

Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-767 6793/763 6308


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768