Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG

Teater Tradisional Mek Mulung yang berusia lebih 400 tahun ini telah diangkat dan diisytihar sebagai Seni Warisan Kedah pada 24 Oktober 2014 oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato- Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir. Struktur persembahan Mek Mulung mempunyai persamaan dengan Makyong yang menggabungkan lakonan, nyanyian, tarian, lawak jenaka dan muzik serta persamaan watak-watak utama seperti raja, permaisuri, putera, puteri, peran, istana dan sebagainya. Namun, perbezaan dapat dilihat dari segi loghat (dialek), busana, bunga tarian dan konsep persembahan. Persembahan ini menggunakan loghat (dialek) Kedah (Kedah Tua) sepenuhnya.

Menurut buku Siri Mengenal Budaya 2003 : Mek Mulung yang diterbitkan pada tahun 2003 oleh Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan, Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia menyatakan bahawa 'Mek Mulung merupakan suatu adunan kesenian yang telah digabungkan dalam sebuah persembahan. Ia terdiri daripada unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik. Meskipun seimbas lalu, persembahan Mek Mulung kelihatan mudah, tetapi ia tetap mempunyai keunikan yang tinggi nilainya'.

Persatuan Penggerak Seni Warisan Budaya (AKRAB Kedah)

Persatuan Penggerak Seni Warisan Budaya (AKRAB Kedah)
B-84, Taman Wira Mergong,
Lebuh Raya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 019-563 5036 (Encik Saipol Bahari Mohd Iman)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768