Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

MASAK LEMAK LADA API SIPUT SEDUT (BELINTUNG) CAMPUR BATANG KELADI

Dahulunya belitung atau siput sedut ini kurang dikenali di khalayak ramai dan ramai tidak mengetahui cara masakannya. Namun begitu, apabila tercetusnya Masak Lemak Lada Api Siput Sedut (Belitung) ini, semakin ramai penggemar siput sedut dan masakan ini sehinggakan setiap gerai-gerai makan di sekitar Negeri Sembilan ada menawarkannya dalam pilihan menu mereka. Tambahan lagi, bahan-bahan utama masakan ini juga mudah dijumpai di pasar-pasar tani yang berdekatan. Masakan ini amat terkenal di Negeri Sembilan memandangkan masak lemak lada api telah menjadi lambang makanan tradisi bagi negeri tersebut. Justeru itu, masakan ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Rentetan dengan perkara tersebut semakin bertambah permintaan terhadap masakan ini di gerai-gerai makan dari hari ke hari, tambah-tambah lagi apabila musim siput sedut. Bahan-bahan utama yang digunakan dalam masakan ini adalah siput sedut dan batang keladi. Batang keladi digunakan dalam masakan ini untuk menyeimbangkan rasa lemak dan pedas dalam masakan ini. Walaupun, cara pengendalian bahan-bahan utama ini agak rumit tetapi kesinambungan antara bahan-bahan ini telah berjaya memikat hati pengunjung-pengunjung yang menikmatinya. Masakan ini amat sesuai dimakan dengan nasi putih panas dan ulam-ulaman. Walau bagaimanapun, terdapat cara masakan siput sedut yang lain pada masa ini tetapi Masak Lemak Lada Api Siput Sedut (Belitung) campur Belimbing Buluh tetap penjadi pilihan utama bagi masyarakat Melayu generasi dahulu.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan

Kompleks JKKN Negeri Sembilan

Jalan Sungai Ujong

70200 Seremban

Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-767 6793/763 6308


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768