Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

MASAK LADA API TELUR ITIK DAN BELIMBING BULUH

Masak Lada Api Telur Itik dan Belimbing Buluh amat sinonim dengan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Tidak hairanlah jika masakan ini disediakan setiap hari dan dijadikan sebagai juadah wajib di gerai-gerai atau kedai-kedai makan yang ada di setiap daerah di Negeri Sembilan ini. Keunikan aroma yang ada dalam masakan ini sendiri telah memikat hati bagi sesiapa yang menikmatinya. Hal ini kerana gabungan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan ini telah mengeluarkan satu rasa yang seimbang dan enak sehinggakan pengunjung leka menikmatinya. Antara bahan utama dalam masakan ini ialah lada api, kunyit hidup, santan pekat, telur itik dan belimbing buluh. Penggunaan bahan-bahan yang segar itu sendiri mampu menaikkan lagi keenakan dalam masakan ini. Pengunjung akan dapat merasai keseimbangan rasa dalam masakan ini di mana terdapat rasa lemak daripada santan, pedas daripada lada api dan masam daripada belimbing buluh itu sendiri. Keseimbangan inilah yang akan menaikkan lagi selera pengunjung dalam menikmatinya. Penggunaan serai dan daun kunyit telah membantu dalam meningkatkan lagi aroma yang wangi dalam masakan ini. Tambahan lagi, warna kuning yang dihasilkan daripada penggunaan kunyit hidup tersebut telah menambahkan lagi seri pada masakan ini. Namun begitu, terdapat juga cara yang tersendiri dalam memecahkan telur itik tersebut agar kuningnya tidak pecah dalam masakan. Tekniknya adalah di mana sewaktu hendak memecahkan telur, hendaklah memecahkannya satu persatu dalam mangkuk agar kita dapat bentuk yang cantik dalam masakan tersebut. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika Masak Lada Api Telur Itik dan Belimbing Buluh ini mendapat permintaan yang tinggi dalam setiap kedai-kedai makan di sekitar Negeri Sembilan ini.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan

Kompleks JKKN Negeri Sembilan

Jalan Sungai Ujong

70200 Seremban

Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-767 6793/763 6308


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768