Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

WAJIK

Wajik merupakan makanan tradisi daripada turun-temurun peninggalan orang-orang dahulu kala. Wajikan ini juga merupakan manisan yang digemari oleh setiap lapisan masyarakat lebih-lebih lagi golongan masyarakat yang lebih berusia. Kebiasaannya, manisan ini hanya boleh didapati sewaktu musim-musim perayaan sahaja. Namun, di daerah Kuala Pilah terdapat gerai di tepi jalan yang menjual wajik ini walaupun bukan pada musim perayaan. Bahan utama yang digunakan dalam pembuatan wajik ini adalah beras pulut, gula enau dan santan kelapa. Ketiga-tiga bahan tersebut akan dimasak selama berjam-jam sehingga campuran sebatian tersebut menjadi likat dan pekat. Keunikan manisan ini adalah boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang jika manisan ini disimpan dengan elok dan rapi. Penggunaan daun pandan dalam pembuatan wajik ini menaikkan lagi aroma beras pulut, santan dan gula enau tersebut. Orang pada zaman dahulu lebih gemar menyimpan atau membungkus wajik ini dengan menggunakan daun pisang. Hal ini demikian kerana daun pisang mempunyai aroma yang tersendiri dan aroma tersebutlah yang menjadikan wajik itu lebih unik dan wangi. Kini, cara pemprosesan wajik telah berlaku perbezaan rentetan peredaran zaman yang kian pesat membangun dengan kecanggihan teknologi. Namun begitu, manisan ini tetap mempunyai penggemarnya yang tersendiri walaupun telah berlaku perbezaan dari segi pemprosesannya dan pembungkusannya. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika wajik ini diangkat sebagai makanan warisan di Negeri Sembilan.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan

Kompleks JKKN Negeri Sembilan

Jalan Sungai Ujong

70200 Seremban

Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel : 06-767 6793/763 6308


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768