Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

SEMAN BIN MAMAT

Allahyaham Seman bin Mamat  atau lebih dikenali sebagai Seman Wau Bulan berasal daripada Kampung Belukar Beta Hulu. Beliau merupakan seorang tokoh dikir barat dan menjadi ikon kepada pendikir-pendikir di negeri Kelantan. Beliau memulakan karier sebagai pendikir setelah terlibat dalam kumpulan "Puak Kampung Kubang Tin" di Peringat pada tahun 1958. Lagu Wau Bulan ciptaannya yang  mempunyai kaitan dengan Hikayat Dewa Muda, berjaya mengangkat namanya sebagai seorang pendikir Kelantan yang popular. Bahkan lagu berkenaan masih popular hingga ke hari ini, dan menjadi lagu wajib setiap kali persembahan dikir barat, sebagai satu cara untuk meminta maaf daripada penonton sekiranya terdapat kata-kata yang yang menyinggung perasaan pada akhir persembahan. Allahyarham juga turut menghasilkan beberapa buah album, dan album terakhir bertajuk Dewan Muda yang diterbitkan sebanyak enam siri sekitar tahun 2000. Sebagai menghargai jasa beliau dalam dikir barat, Allahyarham pernah mendapat beberapa anugerah, antaranya Anugerah Tokoh Budaya Kelantan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 2000, Anugerah Tokoh Budaya Parlimen Peringat pada tahun 1998 dan turut dikurniakan Pingat Bakti oleh Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda pada tahun 1980. Beliau meninggal dunia di rumahnya di Kampung Belukar Beta Hulu pada usia 65 tahun



Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan

Lot 1993, Seksyen 49, Tanjong Chat,

15200 Kota Bharu, Kelantan.

Tel: 09-741 7000

Faks: 09-741 7004 

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768