Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

WAYANG KULIT GEDEK

Wayang Kulit Gedek hanya boleh didapati di negeri Kedah dipercayai berasal daripada pesembahan “Nang Talung”, yang merupakan seni persembahan tradisional yang popular di Thailand Selatan. Kajian ini disokong dengan kesamaan yang merangkumi aspek-aspek bahasa, cerita, repertoir muzik dan lain-lain elemen yang berkaitan. Penstrukturan persembahan Wayang Kulit Gedek masih meneruskan tradisi “Nang Talung” dengan sedikit pengubahsuaian terutamanya cerita yang ditukar tajuk namun isi dan jalan cerita masih sama. ‘Tok Dalang’ merupakan teraju utama dalam persembahan; beliau juga bertindak sebagai pengurus, pengarah dan pelakon yang bukan untuk satu watak sahaja malah untuk keseluruhan watak dalam penceritaan. Persembahan wayang kulit ini bersifat humor dan jenaka. Dijayakan oleh lapan orang yang memainkan alat-alat muzik seperti sebiji geduk, sepasang gedombak, sepasang gong, sepasang kerincing dan serunai. Alat-alat muzik memainkan peranan penting dalam menghidupkan dan menjadikan persembahan wayang kulit menarik. Sewaktu persembahan, dalang duduk berhadapan kelir. Di antara kepala dalang dengan kelir tergantung sebiji lampu yang memberi cahaya bayangan patung-patung (watak) akan kelihatan pada kelir. Cerita-cerita yang dipersembahkan berkisar mengenai isu semasa dan kemasyarakatan.




Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah

Kompleks JKKN Kedah,
Lot. PTD400,
05250 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-731 5930



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768