Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

PUTERI GANGGA SARI

Busana Gangga Sari atau juga dikenali sebagai Busana Zarith Gangga merupakan busana perkahwinan puteri diraja Perak. Nama busana Gangga Sari diambil bersempena kerajaan Perak Tua ketika iu iaitu Keraajaan Gangga Negara atau juga dikenali sebagai Qastan Zarian.  Pakaian kemban dari songket ini dipadankan dengan Kebaya dan selendang dari pinggang yang dilepaskan di belakang bahu. Puteri Gangga Sari juga  merupakan gabungan baju labuh kain susun bertindih di hadapan, bersama baju dagang luar seakan potongan Kebaya Pendek Kota Bharu yang labuhnya cukup menutup paras punggung. Selendang panjang diselitkan di bawah pending hadapan dan disikapkan ke bahu sebelah kanan dan kiri lalu dibiarkan berjuntai ke belakang sehingga ke paras lutut. Diserikan dengan perhiasan kepala yang bersesuaian, rambut berjurai kanan, pending emas, gelang tangan dan kaki, rantai leher emas derai tiga, anting-anting dan berkasut tekat benang emas.



Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak

Kompleks JKKN Perak,

Lot 20561 @ 20565,

Jalan Cardwell, off Jalan Raja Di Hilir,

30350 Ipoh, Perak.

Tel: 05-253 7001     Faks: 05-241 7017


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768