Pakaian tradisi Dusun Labuk adalah berbeza mengikut daerah ataupun kawasan. Walau bagaimanapun, penggunaan kain berwarna hitam, Siling (lace) berwarna emas dan penggunaan aksesori seperti Kambet (tali pinggang duit syiling perak) merupakan persamaan yang ketara bagi kebanyakan pakaian tradisi di Sabah.
Baju tradisi etnik Dusun Labuk di daerah Beluran dipanggil Baju Labuk. Memandangkan pakaian ini pada asalnya dari Kampung Kuala Sapi maka ciri-ciri utama adalah sama iaitu menggunakan sulaman bunga yang diletakan di sepanjang bahagian depan, belakang bahagian atas dan setiap hujung pakaian. Puan Christina Paul Baklin yang berasal dari Kampung Kuala Sapi merupakan pengasas kepada pakaian tradisi suku kaum Dusun Labuk ini sekitar awal tahun 80-an.
Walau bagaimanapun, berbeza dengan reka bentuk asal iaitu berlengan panjang dan skirt panjang, Encik Loji Anggalong telah mengadaptasikan semula pakaian tersebut khususnya bagi etnik dusun labuk di Beluran yang menggunakan motif yang sama namun rekaan pakaian adalah berlengan pendek dan skirt pendek. Beliau turut membuat penstrukturan semula khususnya yang melibatkan aksesori serta penerapan maksud bagi perincian pakaian tersebut. Namun pakaian tradisi lelaki bagi Dusun Labuk Beluran dan Kg. Kuala Sapi adalah sama.
Busana ini secara keseluruhannya menggunakan kain berwarna hitam material baldu atau kain cotton. Baju Labuk terkenal dengan motif bunga yang disulam menggunakan tangan yang disebut sebagai âBunga Gosingâ atau bunga Senduduk (nama saintifiknya Melastoma malabathricum), dimana ianya menjadi identiti pakaian tradisi masyarakat Dusun Labuk. Bunga gosing memang terkenal di kalangan masyarakat Dusun Labuk kerana kegunaanya dalam kehidupan seharian seperti sebagai pencuci tempayan dan digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat luka luar dan dalam, cirit birit, mempercepatkan proses penyembuhan rahim bagi wanita yang baru bersalian dan sebagainya
Biasanya pakaian ini digunakan semasa menyambut
perayaan-perayaan tertentu seperti pesta Kaamatan, majlis-majlis rasmi, dan
juga digunakan semasa perkahwinan bagi masyarakat Dusun Labuk.
Warna pada corak busana tradisi Dusun Labuk seperti warna merah jambu, biru, kuning dan hijau melambangkan kepelbagaian suku kaum yang terdapat di daerah Labuk. Warna-warna tersebut tidak bercampur dengan warna yang lain yang bermaksud setiap suku kaum mempunyai adat tradisi tersendiri dan sebagai tanda menghormati adat istiadat suku kaum lain. Tangkai bunga yang tidak putus pula melambangkan ikatan silaturahim yang sememangnya mempunyai ikatan yang utuh sejak dahulu lagi
Aksesori busana Baju Labuk adalah kepada berikut:
Wanita
Lelaki
Sumber:
1) En. Lainjih Anggalong, penggiat kesenian dan kebudayaan Labuk, Beluran
2) New Sabah Times (Sabtu 30 Mei, 2015), Rencana : Baju Labuk Miliki Identiti Sendiri, oleh Ersie Chell Anjumin