Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TUDUNG KERINGKAM

Keringkam atau Selayah adalah selendang, tudung ataupun skaf tradisional yang dipakai oleh wanita Melayu di Sarawak. Ianya menjadi pelengkap busana tradisional masyarakat Melayu di Sarawak yang sering digayakan ketika menghadiri majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan dan juga perayaan besar yang lain. Pada zaman dahulu, selendang warisan ini, hanyalah dipakai oleh golongan bangsawan sahaja, namun kini sesiapa sahaja boleh menggayakannya.

 

Tudung keringkam merupakan lambang kepada keindahan busana tradisional wanita Melayu Sarawak yang mempunyai nilai sentimental sehingga hampir setiap keluarga Melayu di Sarawak menyimpannya sebagai salah satu warisan keluarga yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

 

Keringkam biasanya dijahit dengan benang emas atau perak dan menggunakan motif sulaman bunga-bungaan dan tumbuh -tumbuhan seperti bunga tanjung, bunga ros dan pucuk rebung di atas kain jenis bawal atau yang lebih berkualiti seperti kain kasa rubiah. Reka bentuk dan sulaman keringkam Sarawak biasanya mempunyai perincian gunung. Jenis keringkam dibezakan dengan pendek dan panjang saiznya. Yang bersaiz pendek digelar tudung keringkam manakala yang bersaiz panjang dikenali sebagai selayah. Tudung keringkam tradisional adalah pendek, berukuran 54 cm x 95 cm dan dihasilkan dengan menggunakan kain jojet nipis atau sintetik. Harga keringkam bergantung kepada sarat motif dan boleh mencecah ribuan ringgit.







Artikel Berkaitan

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768