Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

CHOY HIM HEONG

Choy Him Heong yang kini berusia 87 tahun (2020) merupakan seorang pelakon Opera Kantonis Tanahair yang dikenali sebagai “Ibu Opera Kantonis Malaysia”. Sehingga kini beliau masih lagi aktif dalam meneruskan kesenian Opera Kantonis dan masih mengendalikan Kumpulan Opera Kantonis iaitu Kumpulan Yim Yong Tin dimana kumpulan ini merupakan kumpulan opera cina tertua di Malaysia. Beliau mula terlibat dalam lakonan Opera Kantonis seawal usia 7 tahun. Pada tahun 1950 – 60 an beliau telah diberi peluang terlibat dalam 5 buah filem opera di Hong Kong. Beliau juga pernah terlibat dalam persembahan di Viet Nam pada tahun 1953 yang boleh dikatakan berjaya sehinggakan ibunya yang menemani beliau tidak dapat masuk ke panggung kerana sambutan yang sangat menggalakkan. Ketika berusia 76 tahun, personaliti Liza Wang telah mengundang beliau untuk mengajar Opera Cina Tradisional  di Guangzhou, Cina. Beliau merupakan tenaga pengajar jemputan pengajian Opera Kantonis universiti di Hong Kong, dan diiktiraf sebagai “Mahaguru Opera Kuno” yang masih hidup.



Artikel Berkaitan

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768